kritik..komplen..tak puas hati..tak suka ..tak sempurna?

saja aku nak tulis ..aku tak reti nulis nulis ni saja nak try tgk

  • dalam dunia ni tak ada yang sempurna melainkan di syurga..tak akan ada..pada aku kritik, komplen tak puas hati tak suka ni sebenarnya naluri…
  • ada sebabnya kenapa perkara itu menjadi tidak sempurna apa yg kita mahu
  • filem? hah.. perkara ni pun terliat jugak dalam ketidak sempurnaan menghasilkannya.. filem melayu tak sempurna? pada aku filem hollywood pun sama..kompem ada pengkritik dari sana yg kritik filem tersebut walhal kita kat sini dok puji melambung filem hollywood sana..
  • pada aku ketidakpuasan seseorang terhadap sesuatu ..mereka2 ini hanya mahukan apa yg mereka mahu tanpa mengira dan mengkaji secara mendalam faktor2 kenapa keadaan yg mereka tidak puashati tersebut.
  • harapan terlalu tinggi? ini selalu berlaku kepada sesetengah org..mengharapkan kualiti yang tinggi tapi tida kesampaian.
  • amik contoh kereta tempatan ..ramai yg komplen kereta tin milo.. dah tu harga pun berapa sgt kalu nak di compare kan dgn keta lain..cuba harga keta tempatan tu rm100ribu..aku rasa takde kot tin milo..
  • sama la jugak dgn filem yg ada sekarang..kadang2 aku terima apa yg ada ..pada aku semua filem tempatan sama bagusnya dgn diluar sana…
  • buatlah filem sebagus mana mesti ada yg tak puashati sbbnya diri tu tak enjoy dah apa yang ada..kira mcm masuk kandang rimau nak jadi babi jugak..masuk kandang lebu nak jadi babi jugak..memang memanjang tak puashati la gitu
  • ke “enjoyan” tu takde dalam diri..aku pun ada gak kritik dulu filem tapi bila aku pikir balik apasal asyik semua tak best jer..jadi aku keluar dari kotak jubur ayam itu..aku tgk dari side sana..
  • semua org nak buat yang terbaik..tapi kalau di baginya kereta kancil di ajak race dgn kereta bmw.. mcmmana nak menang..
  • bila aku pikir balik pengiat2 filem tempatan ni..mereka ni kreatif ..dan terpaksa mengikut apa yang ada demi sesuap nasik.. kadang2 terpaksa buat walaupun itu aja yg ada..utk kehidupan seterusnya mana taknya kreatif ..dapat bajet kereta kancil tapi org nak kereta ferarri..derang cat je merah kereta kancil tukar logo keta kancil ke logo ferarri ..
  • kesian dah siap tak serupa ferrari tapi ada la skit..cat merah dgn logo.. gitu la maksudnya
  • aku rasa kalu tanya semua penggiat filem..nak tak buat cerita mcm lord of the ring ..star wars..dah tentu banyangan mereka sebijik sama output atau lebih lagi.. tapi dapat bajet tak sama mcm cerita lord of the ring.. naya la kutu..terbantut bayangan tu..
  • ahh dah la utk ngetest aku menulis..nanti aku sambung lagi hal lain
  • apa pun pada aku ..semua filem ada kelebihan sendiri..yg kurang tu bukan kehendak mereka..tapi byk faktor yg menyebabkan mereka tak mampu elakkan..
Advertisements